Majlis Graduasi Murid Tingkatan Lima 2017 di Dewan Al-Madani SMK seksyen 18 , Shah Alam

SHAH ALAM :  Majlis Graduasi seperti majlis konvokesyen di universiti yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah merupakan strategi berkesan dalam melonjakkan semangat pelajar-pelajar.

Seramai 250 pelajar Tingkatan 5 Tahun 2017  diraikan di majlis graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18  telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Madani SMK  Seksyen 18  pada 29 Oktober 2017 dan dirasmikan oleh Penyelaras Pembangunan Perseketuan Parlimen Shah Alam, Datuk Haji Azhari Bin Shaari.

Majlis ini diadakan sebagai meraikan dan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan zaman alam persekolahan di SMK Seksyen 18.

Setelah mengharungi alam persekolahan selama lima tahun di sekolah ini, inilah masa mereka dapat berkumpul bersama buat kali terakhir sebelum menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada hari Isnin 6 November 2017 dan berakhir pada Isnin 4 Disember 2017.

Syabas dan tahniah  kami ucapkan kepada semua pelajar. Semoga anda dapat melakukan  melakukan yang terbaik bagi diri sendiri di sepanjang menghadapi pembelajaran di sekolah.

Tujuan utamanya tak lain dan tak bukan adalah untuk melengkapkan diri dengan menimba ilmu pengetahuan di samping mempunyai nilai-nilai hidup yang terpuji sebagai rakyat Malaysia. Semoga semua pelajar berjaya di masa hadapan.