Hari Bertemu Pelanggan di Hospital Shah Alam.

 

Penyelaras Pembangunan Perseketuan Parlimen Shah Alam merangkap Ketua UMNO Bahagian Shah Alam menghadiri majlis bertemu pelanggan dan kempen kesedaran kanser payudara di Hospital Shah Alam.

Turut hadir bersam Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Dato’ Ahmad Mua’adzam Shah Ya’akop.

Disamping itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma bagi pelawat dan warga hospital, gerai jualan makanan turut disediakan, taklimat mengenai pencegahan kanser payu dara turut disediakan.

Selain itu, Acara ini turut memfokuskan penjagaan kesihatan serta cara-cara untuk kekal aktif dalam kehidupan harian.

Klinik berhenti merokok juga disediakan bagi perok0k tegar agar dapat membantu mereka dari segi mental dan fizikal untuk berhenti merokok secara konsisten.

Akhir sekali, Kempen tangani stress turut dijalankan bagi pelawat. Kempen itu menyediakan sesi soal jawab serta kuiz untuk mereka yang ingin mengetahui tahap stress mereka dan cara untuk tangani masalah itu.

Diharap kempen ini diteruskan untuk  warga Shah Alam bagi  meneruskan kehidupan yang aktif dan sihat.