1200 penduduk terima sumbangan Deepavali

SHAH ALAM : Sambutan Deepavali tahun ini lebih bermakna kepada masyarakat India di Shah Alam yang tidak pernah dipinggirkan untuk menerima sumbangan dari pelbagai pihak.

Majlis sumbangan sempena Deepavali Peringkat Parlimen Shah Alam yang dirasmikan oleh Menteri  Kementerian Kesejahteraan  Bandar , Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Bin Haji Omar bertempat di Bangunan Umno Selangor, Shah Alam.

Seramai 1200 orang penduduk India dari golongan kurang berkemampuan menerima bantuan bagi menampung perbelanjaan menyambut Deepavali kali ini.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional Shah Alam, Datuk Hj Azhari Shaari, Koodinator Barisan Nasional DUN Kota Anggerik, Dato Haji  Hisham Ses, Ketua Pemuda Barisan Nasional Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’Adzam Shah, dan pemimpin masyarakat India sekitar Parlimen Shah Alam.