Karnival Infaq di Sekolah Rendah Agama Seksyen 2

SHAH ALAM :  Karnival Infaq  2017 di Sekolah Rendah Agama (SRA) seksyen 3, Shah Alam anjuran bersama  PIBG SRA seksyen 3, dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Shah Alam merangkap Penyelaras Pembangunan Kerajaan Perseketuan Parlimen Shah Alam,  Datuk Azhari Bin Shaari.

Karnival ini diadakan bagi menjana dana tambahan untuk membaiki dan penyelenggaraan fasarana sekolah yang sebahagianya mengalami kerosakan kerana tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan pada karnival itu seperti derma darah, gerai-gerai jualan barangan, pertandingan catur, pertandingan mewarna, mini zoo, water slide dan lain-lain lagi bagi menarik perhatian pengungjung yang juga terdiri kalangan  ibu bapa dan orang ramai.

Selain itu, sumbangan sebanyak Lima Ribu Ringgit Malaysia (RM 5000) bagi kegunaan membaiki dan penyelenggaraan sekolah berkenaan. Diharap  sumbangan ini pihak sekolah dapat menyediakan fasiliti yang terbaik untuk murid-murid di sekolah berkenaan.

Akhir sekali, semoga SRA seksyen 3 terus berbakti kepada bangsa dan negara  dalam pendidikan agama bagi membentuk jati diri dan sahsiah murid-murid.